Social Icons


---------------------------------

Tuesday 28 May 2013

Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM)


Polis Diraja Malaysia (PDRM) sangat mengalukan anda yang sihat tubuh badan bagi berkhidmat untuk negara. Kepada anda yang ingin dan telah lama bercita-cita ingin menjadi sebahagian daripada pasukan polis, anda boleh mengisi borang online dengan mengikut arahan yang diberikan di bawah ini. Di bawah ini adalah sedikit info mengenai Polis Diraja Malaysia :
Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 112,145 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

CARA PERMOHONAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) MELALUI ONLINE :

1. Sila Layari : PERMOHONAN PDRM <—– klik sini
2. Isi semua butiran anda di dalam website tersebut.
3. Jika anda ingin semak permohonan anda selepas submit DI SINI

No comments:

Post a Comment